Doa Program Anti Dadah

Posted on -
Sekolah

Doa Penutup Majlis Anti Dadah

CCRC berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah yang telah dijatuhkan perintah melalui peruntukan seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Setiap klien yang telah dijatuhkan perintah akan ditempatkan sementara bagi melalui proses saringan di Pusat TRIAGE di Tampin Melaka, Gambang Pahang dan Kampung Selamat Pulau Pinang. Alat Ujin ASSIST (Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test) digunakan sebagai mekanisme saringan awal klien bagi menentukan Tahap Keparahan penggunaan Substance sebelum klien dihantar ke CCRC bagi menjalani rawatan dan pemulihan selama tempoh tidak melebihi 24 bulan (2 tahun). Klinik C&C menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar samada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah. Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik C&C 1Malaysia adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan ( 2 Tahun). Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah, pelajar kolej/ Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.