Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan mengukuhkan lagi jahitan. Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik. Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.
1 • ZM ENTERPRISE 2.0 Nama Dan Alamat Perniagaan Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak. Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.
3.0 Tujuan Penyediaan Rancangan Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya. Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya. Usahawan Pembekal Institusi kewangan atau pelabur Kakitangan 2 • ZM ENTERPRISE Usahawan Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.